Sabtu, 23 Ogos 2014

contoh karangan upsr percutian di pulau langkawi

Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba di Kuala Perlis.

       Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.

       Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah hotel yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi,bertukar pakaian dan bersolat.

       Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik berpeluang berkejaran di pantai yang bersih.

       Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti pinggan mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai enam orang,ibu belikan pakaian.

       Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.

25 ulasan:

  1. Alhamdulilah cikgu saya suka karangan ini

    BalasPadam
  2. contoh karangan upsr percutian di pulau langkawi

  3. sangat bagus, sesuai untuk dijadikan contoh karangan kepada murid

    BalasPadam
  4. Yo, what the .. this is amazing my teacher loves it

    BalasPadam
  5. Perrengan 5 ada salah sepatutnya pinggan mangkuk bukan mankuk

    BalasPadam
  6. macam bukan karangan je lebih kepada ulasan sebab tak banyak maklumat

    BalasPadam
  7. Wow panjangnya karangan ni, saya nak buat karangan yang ni la๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    BalasPadam
  8. best lah baca ni saya sangat seronok

    BalasPadam